3 Cara Berkesan Skrub Kulit Wajah dengan Betul

by - 7:00 PG


Salam dan hi semua,
Mesti anda tertanya tanya apa pula topic skrub ni. Ada ke dia antara anda yang tak pernah skrub wajah? Jika ada, anda perlu tahu cara yang betul sebelum mula dan bagi yang dah biasa buat skrub boleh recheck adakah betul atau tak cara kita buat selama ni.
Ada banyak sangat kebaikan skrub kulit wajah kita ni dan sangat penting untuk kita lakukan secara konsisten. Ia dapat membantu membuang sel sel kulit yang telah mati dan menjadikan kulit kita lebih lembut, muda dan sihat. Tapi, bila kita skrub wajah kita tu janganlah terlebih lebih pula bak kata omputeh ‘Don’t overdo it’. Ramai sebenarnya di antara kita yang tak tahu cara yang betul untuk skrub wajah dan berapa kali nak buat. So hari ni saya nak share 3 cara berkesan skrub wajah yang boleh you ikut tanpa merosakkan kulit wajah you okay.

#1 – Pilih Skrub yang Sesuai
Ada banyak sangat jenis skrub yang dijual diluar sana dan memang amat sukar nak buat pilihan mana yang paling baik untuk kita kan? Apa yang you perlu pastikan ialah beli skrub khas utk muka ( Jangan campur2 sebab kulit wajah kita tak sama dengan bahagian kulit di badan kita ) Untuk kulit wajah, kita kena pilih skrub jenis halus agar kulit wajah kita tak rosak. Bahagian belakang pergelangan tangan kita adalah yang paling mirip dengan kulit wajah kita, so masa nak try apa2 skrub, cuba di kawasan tersebut. Kalau dah try dan ada rasa macam sakit tu maknanya terlalu besar beadsnya dan tak sesuai tuk kulit muka kita. Lagi2 jika muka kita jenis ada jerawat n luka2 lagila akan buat kulit muka jadi tak selesa. So always try dulu sebelum terus sapu di muka ye.

#2 – Sapu Skrub di kulit yang Basah
Sebelum sapu skrub di wajah kita, basahkan dahulu wajah kita dengan air. Ini akan memudahkan bahan skrub tersebut diratakan dan takdelah rasa kering je lagi2 jika kita memang jenis kulit kering, payahla bijian skrub nak meluncur dengan baik kalau kering je kan. Macam kereta pun kena guna minyak pelincir so samala gunanya air sebagai pelincir skrub kita. Saya sendiri sangat suka lakukan aktiviti skrub ni masa tengah mandi, so senang nak basuh terus lepas tu. Biasanya saya akan cuci dulu make up dengan make up remover dulu jika ada make up di wajah. Kemudian saya cuci dengan Deep Facial Cleanser Ardini Essentials je sebab saya suka yang mudah since dalam cleanser tu dah ada microbeads yang bertindak macam scrub juga ;) Itu untuk guna harian ok la tapi untuk sekali sekala saya tetap ada skrub lain yang memang khas digunakan seminggu sekali. Paling best lepas kita skrub muka kita ni ialah rasa kulit wajah kita lembut instantly!


#3 – Sapu Skrub secara Memutar
Mulakan sapu skrub secara memutar dalam bulatan kecil untuk pastikan tiada kawasan yang tertinggal. Pastikan tekanan yang digunakan di kawasan bawah mata dan sekeliling bibir dilakukan secara sederhana. Sebab tu kawasan paling sensitif dan jika kita terlalu kuat sangat akan menyebabkan kulit makin sensitif dan jadi kendur.  Cara putaran ni macam kita mengurut wajah kita perlahan lahan dimana boleh buat perjalanan darah dalam kulit kita jadi lebih lancar. Tu yang nanti glowing je wajah kita lepas dah cuci nanti.  Jangan kasar2 sangat dengan kulit wajah kita, rilek2 dan smooth jer k. Sayang muka kita nak pakai lama ;)


Oklah harap2 you all semua dapat apply 3 cara ni supaya proses skrub muka kita akan lebih berkesan dan kita dapat kulit wajah yang cantik dan bersih. Oh ya, berapa kali seminggu patut kita skrub wajah kita ye? Haa sebaiknya kita buat 2 ke 3 kali seminggu. Paling bagus lagi lepas dah skrub tu kita sambung guna masker. Next article saya akan cerita tentang masker yang boleh kita gunakan dari bahan yang ada di dapur rumah kita saja. Jimat and mudah!
Sampai jumpa lagi … Bye.
Salam Sayang,
Puan Tasya
CEO
Ardini Essentials

  

You May Also Like

0 ulasan