Macam mana boleh wujudnya CEO Ardini Essentials

by - 4:23 PTG

Assalammualaikum wbt kepada semua pelawat blog Ardini Essentials HQ yang SUPER AWESOME 😎😎





Hari ni merupakan hari pertama saya menulis di blog 'official' Ardini Essentials setelah lama hanya menulis di FB Wall sendiri saja. Orang lain semua dah terror sangat tapi saya baru nak bermula 👯.
Namun saya akan belajar bersungguh sungguh dan berikan content yang menarik buat semua pelawat Ardini Essentials HQ

Sebenarnya dah lama sangat saya teringin nak mendekati pelanggan Ardini Essentials melalui cara penulisan cuma kekangan masa yang sedikit melewatkan impian tersebut. 

Sebelum saya berceloteh panjang2 dan untuk kita saling kenal mengenali, sebaiknya saya kenalkan serba sedikit tentang diri saya bole?

Baiklah, nama diberi Siti Natasya Binti Roslan lebih mesra dengan panggilan Puan Tasya. Saya merupakan Chief Executive Officer (CEO) di Ardini Essentials HQ dimana tugas saya banyak deal dengan 'manusia' dan pembuatan produk. Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar dan setiap plan yang dibuat diurus sebaiknya oleh team kami. But, tugas saya paling utama adalah mendekati pelanggan kami agar saya dapat mengetahui masalah mereka secara terus. 



Saya juga seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahayamata iaitu Syed Aydin (9 tahun), Syed Aariz (7 Tahun) dan Sharifah Ayra Ardini (2 Tahun). Suami saya Syed Mohamed Sofee adalah tunjang UTAMA di Ardini Essentials selaku Pengarah Urusan dimana beliau yang merancang plan dan strategi syarikat. Orangnya pemalu  dan lebih suka duduk di belakang tabir. Sebab itu saya disini berkongsi secara terus dengan anda semua.

Saya ni simple saja orangnya, happy go lucky and sangat passionate dalam bidang kecantikan. Jika tanya bagaimana kami boleh terjun menjadi pengasas produk Ardini Essentials, inilah sebabnya dimana saya sangat minat dan sayalah orang pertama yang akan mencuba keberkesanan produk sebelum ia dipasarkan. Jadi segala isi kandungan produk sangat saya ambil berat.

Dulu saya pernah belajar di Uitm Shah Alam dan mengambil jurusan Undang2 sebelum bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di agensi swasta dimana antara pelanggan saya ialah Nando's Malaysia, Safi, Crabtree & Evelyn, Sepang International Circuit dan banyak lagi.

Alhamdulillah kini, saya dan suami sama2 berniaga produk kecantikan dan impian kami mahu lebih ramai lagi akan dapat kulit wajah yang cantik, bersih lagi menawan dengan produk yang kami keluarkan.

Apapun saya harap, percubaan pertama saya untuk menulis di blog rasmi ini akan dapat menemukan saya dengan lebih dekat kepada pelanggan mahupun sesiapa saja yang mahu kulit wajah yang lebih cantik dan sihat.

Semoga kita jumpa lagi dan saya akan bawakan content atau cerita2 tentang kecantikan secara amnya dan akan memberi lebih banyak info tentang cara menjaga kulit wajah dengan lebih berkesan dari masa ke semasa.

Salam Sayang,

Puan Tasya   
CEO 
Ardini Essentials
~ Keperluan Isteri yang Penyayang~

You May Also Like

1 ulasan

  1. Salam.. sy nk tanya. Serum ni just guna untuk malam. So untuk siang pn tasya guna apa ye untuk kulit?

    BalasPadam