Tidur yang cukup untuk kekal cantik

by - 2:59 PTG


Salam Jumaat buat pembaca blog Ardini Essentials HQ. 



Masa zaman muda remaja dulu, saya selalu tidur lewat maklum saja student so dah jadi kebiasaan untuk stay up sampai 1 ke 3 pagi untuk study atau buat assignment. ( Selalunya sebab last minute la tu ;) ) Dan sebab kebiasaan tulah maka kulit wajah saya pun jadi mangsa. Kesian sangat masa tu muka memang nampak kusam tak bermaya dan mata pun jadi mata panda bear dah.

Orang selalu cakap nak cantik kena tidur yang cukup tu bukanlah suatu cerita dongeng yer pembaca sayangku semua. It’s a true fact, jadi sangat penting untuk kita jaga atau manage waktu tidur kita supaya kulit kita kekal cantik berseri dan sihat.

Tidur merupakan fasa rehat secara fitrah kepada setiap benda bernyawa. Begitulah juga kulit kita dapat rehat sewaktu kita tidur. Semua proses pemulihan dan pembentukan sel baru berlaku waktu kita rehat. Macam mana nak dapatkan tidur berkualiti yang akan memberi kesan yang baik untuk kulit kita, kena pastikan kita buat seperti di bawah :

1) Rutin sebagai kawan
- Bila kita set waktu tidur dan ikut secara konsisten kita akan terbiasa dengan rutin tersebut. 

2) Jaga Pemakanan
- Ini memang tak boleh elak. Apa yang kita makan akan beri kesan pada kulit. So elakkan makanan segera kerana tiada nutrient yang boleh diserap untuk kebaikan kulit kita. Makan makanan berkhasiat yang pelbagai.

3) Lakukan Regim penjagaan muka
- Ini wajib la kalau betul saying kulit wajah kita. Bila rutin harian kita kulit semua bebas dari kotoran sebelum tidur dan kita tambah dengan beri nutrient pada kulit, inshaAllah kulit akan jadi lebih sihat.

4) Cipta suasana yang sunyi
- Keadaan yang tenang dan sunyi akan bantu mudahkan kita tidur dengan selesa tanpa gangguan. Jika nak lebih tenang gunakan essentials oils dan aromakan bilik agar mood dan fikiran kita bersedia untuk rehat yang menyamankan.

5) Tidur posisi menghadap ke atas
- Sebaiknya kita ikut sunnah bila tidur iaitu mengiring ke kanan. Cuma pastikan cadar atau sarung bantal yang kita guna untuk tidur selalu dibersihkan supaya bila kulit muka kita tidak dijangkiti kuman yang akan menyebabkan masalah2 kulit seperti jerawat pula timbul. Jika tidak kenalah kita tidur pandang ke atas 

Pendek kata, kita mesti tidur cukup 8 jam sehari untuk dapatkan kulit yang berseri dan sihat. Tiada kompromi jika kita memang inginkan kulit sihat. 

You May Also Like

0 ulasan