• Home
  • About
  • Product
    • Our Best Seller
    • New Product
    • Skincare
  • Testimoni
  • FAQ
  • Shop
  • Contact Me
Blog Ardini Essentials HQ. Dikuasakan oleh Blogger.
Facebook Instragram Twitter Youtube Email Us

Ardini Essentials HQ

Miliki Kulit Wajah Sihat & Cantik Secara Semulajadi Kini Bukan Lagi Mimpi. Serum Ardini Essentials


Salam Jumaat buat pembaca blog Ardini Essentials HQ. 



Masa zaman muda remaja dulu, saya selalu tidur lewat maklum saja student so dah jadi kebiasaan untuk stay up sampai 1 ke 3 pagi untuk study atau buat assignment. ( Selalunya sebab last minute la tu ;) ) Dan sebab kebiasaan tulah maka kulit wajah saya pun jadi mangsa. Kesian sangat masa tu muka memang nampak kusam tak bermaya dan mata pun jadi mata panda bear dah.

Orang selalu cakap nak cantik kena tidur yang cukup tu bukanlah suatu cerita dongeng yer pembaca sayangku semua. It’s a true fact, jadi sangat penting untuk kita jaga atau manage waktu tidur kita supaya kulit kita kekal cantik berseri dan sihat.

Tidur merupakan fasa rehat secara fitrah kepada setiap benda bernyawa. Begitulah juga kulit kita dapat rehat sewaktu kita tidur. Semua proses pemulihan dan pembentukan sel baru berlaku waktu kita rehat. Macam mana nak dapatkan tidur berkualiti yang akan memberi kesan yang baik untuk kulit kita, kena pastikan kita buat seperti di bawah :

1) Rutin sebagai kawan
- Bila kita set waktu tidur dan ikut secara konsisten kita akan terbiasa dengan rutin tersebut. 

2) Jaga Pemakanan
- Ini memang tak boleh elak. Apa yang kita makan akan beri kesan pada kulit. So elakkan makanan segera kerana tiada nutrient yang boleh diserap untuk kebaikan kulit kita. Makan makanan berkhasiat yang pelbagai.

3) Lakukan Regim penjagaan muka
- Ini wajib la kalau betul saying kulit wajah kita. Bila rutin harian kita kulit semua bebas dari kotoran sebelum tidur dan kita tambah dengan beri nutrient pada kulit, inshaAllah kulit akan jadi lebih sihat.

4) Cipta suasana yang sunyi
- Keadaan yang tenang dan sunyi akan bantu mudahkan kita tidur dengan selesa tanpa gangguan. Jika nak lebih tenang gunakan essentials oils dan aromakan bilik agar mood dan fikiran kita bersedia untuk rehat yang menyamankan.

5) Tidur posisi menghadap ke atas
- Sebaiknya kita ikut sunnah bila tidur iaitu mengiring ke kanan. Cuma pastikan cadar atau sarung bantal yang kita guna untuk tidur selalu dibersihkan supaya bila kulit muka kita tidak dijangkiti kuman yang akan menyebabkan masalah2 kulit seperti jerawat pula timbul. Jika tidak kenalah kita tidur pandang ke atas 

Pendek kata, kita mesti tidur cukup 8 jam sehari untuk dapatkan kulit yang berseri dan sihat. Tiada kompromi jika kita memang inginkan kulit sihat. 

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan

Salam dan hi semua,
Mesti anda tertanya tanya apa pula topic skrub ni. Ada ke dia antara anda yang tak pernah skrub wajah? Jika ada, anda perlu tahu cara yang betul sebelum mula dan bagi yang dah biasa buat skrub boleh recheck adakah betul atau tak cara kita buat selama ni.
Ada banyak sangat kebaikan skrub kulit wajah kita ni dan sangat penting untuk kita lakukan secara konsisten. Ia dapat membantu membuang sel sel kulit yang telah mati dan menjadikan kulit kita lebih lembut, muda dan sihat. Tapi, bila kita skrub wajah kita tu janganlah terlebih lebih pula bak kata omputeh ‘Don’t overdo it’. Ramai sebenarnya di antara kita yang tak tahu cara yang betul untuk skrub wajah dan berapa kali nak buat. So hari ni saya nak share 3 cara berkesan skrub wajah yang boleh you ikut tanpa merosakkan kulit wajah you okay.

#1 – Pilih Skrub yang Sesuai
Ada banyak sangat jenis skrub yang dijual diluar sana dan memang amat sukar nak buat pilihan mana yang paling baik untuk kita kan? Apa yang you perlu pastikan ialah beli skrub khas utk muka ( Jangan campur2 sebab kulit wajah kita tak sama dengan bahagian kulit di badan kita ) Untuk kulit wajah, kita kena pilih skrub jenis halus agar kulit wajah kita tak rosak. Bahagian belakang pergelangan tangan kita adalah yang paling mirip dengan kulit wajah kita, so masa nak try apa2 skrub, cuba di kawasan tersebut. Kalau dah try dan ada rasa macam sakit tu maknanya terlalu besar beadsnya dan tak sesuai tuk kulit muka kita. Lagi2 jika muka kita jenis ada jerawat n luka2 lagila akan buat kulit muka jadi tak selesa. So always try dulu sebelum terus sapu di muka ye.

#2 – Sapu Skrub di kulit yang Basah
Sebelum sapu skrub di wajah kita, basahkan dahulu wajah kita dengan air. Ini akan memudahkan bahan skrub tersebut diratakan dan takdelah rasa kering je lagi2 jika kita memang jenis kulit kering, payahla bijian skrub nak meluncur dengan baik kalau kering je kan. Macam kereta pun kena guna minyak pelincir so samala gunanya air sebagai pelincir skrub kita. Saya sendiri sangat suka lakukan aktiviti skrub ni masa tengah mandi, so senang nak basuh terus lepas tu. Biasanya saya akan cuci dulu make up dengan make up remover dulu jika ada make up di wajah. Kemudian saya cuci dengan Deep Facial Cleanser Ardini Essentials je sebab saya suka yang mudah since dalam cleanser tu dah ada microbeads yang bertindak macam scrub juga ;) Itu untuk guna harian ok la tapi untuk sekali sekala saya tetap ada skrub lain yang memang khas digunakan seminggu sekali. Paling best lepas kita skrub muka kita ni ialah rasa kulit wajah kita lembut instantly!


#3 – Sapu Skrub secara Memutar
Mulakan sapu skrub secara memutar dalam bulatan kecil untuk pastikan tiada kawasan yang tertinggal. Pastikan tekanan yang digunakan di kawasan bawah mata dan sekeliling bibir dilakukan secara sederhana. Sebab tu kawasan paling sensitif dan jika kita terlalu kuat sangat akan menyebabkan kulit makin sensitif dan jadi kendur.  Cara putaran ni macam kita mengurut wajah kita perlahan lahan dimana boleh buat perjalanan darah dalam kulit kita jadi lebih lancar. Tu yang nanti glowing je wajah kita lepas dah cuci nanti.  Jangan kasar2 sangat dengan kulit wajah kita, rilek2 dan smooth jer k. Sayang muka kita nak pakai lama ;)


Oklah harap2 you all semua dapat apply 3 cara ni supaya proses skrub muka kita akan lebih berkesan dan kita dapat kulit wajah yang cantik dan bersih. Oh ya, berapa kali seminggu patut kita skrub wajah kita ye? Haa sebaiknya kita buat 2 ke 3 kali seminggu. Paling bagus lagi lepas dah skrub tu kita sambung guna masker. Next article saya akan cerita tentang masker yang boleh kita gunakan dari bahan yang ada di dapur rumah kita saja. Jimat and mudah!
Sampai jumpa lagi … Bye.
Salam Sayang,
Puan Tasya
CEO
Ardini Essentials

  
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan



Source : Youtube.com
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Assalamualaikum wbt & salam ikhlas buat kawan-kawanku.. :)

Apa khabar semua? Lama saya tak update blog saya ni kan. Tup..tup…bila update terus buat product review.



Sebenarnya mulai tahun 2017 ni saya nak mulakan menulis kembali secara serius di blog saya ni. Dan antara topik baru yang bakal saya masukkan dalam blog saya nanti ialah SLOT PRODUCT REVIEW. Haaaa..menarik tak? 😉

Tapi, saya hanya akan review produk-produk yang berasaskan bahan-bahan natural sahaja ye. Produk tak selamat saya tak mau review.

Baik, jom kita berkenalan lebih lanjut dengan produk pertama yang saya akan review dalam blog ni iaitu produk SKINCARE ARDINI ESSENTIALS.



Pada minggu lepas, pihak marketing Ardini Essentials dengan baik hatinya telah menghantar 1 set produk skincare Ardini Essentials kepada saya. Sebelum ni saya memang dah tahu tentang produk Ardini Essentials ni. Sebab pengasas produk Ardini Essentials adalah sahabat seperjuangan saya di FB iaitu Puan Siti Natasya Roslan.. :)

Baiklah, saya kongsi serba sedikit tentang apa yang saya tahu tentang produk Ardini Essentials ni ye.

Produk Ardini Essentials adalah produk rawatan kulit wajah yang berasaskan minyak Habbatussauda’. Dan produk Ardini Essentials adalah produk yang bebas bahan kimia terlarang dan ianya mendapat status halal serta perakuan dari pihak SIRIM.

Baik…

Saya rasa lebih baik saya kongsi REVIEW IKHLAS saya tentang produk Ardini Essentials ini selepas 7 hari saya menggunakannya. Saya akan beri komen dari sudut pro & cons.


PRODUK 1 : ARDINI ESSENTIALS Deep Facial Cleanser With Habbatussauda




Pro :

Pertama kali saya menggunakan pencuci muka AE ni, yang membuatkan saya rasa best ialah ianya tidak mempunyai bau wangi langsung! Sebab pencuci muka AE ini tidak mengandungi PEWANGI SINTETIK. Dalam pemilihan produk-produk kebersihan & penjagaan diri, saya memang seboleh-bolehnya cuba elakkan dari menggunakan produk yang mempunyai pewangi kerana ada diantara pewangi yang digunakan dalam produk skincare boleh menyebabkan masalah kulit.

Pencuci muka AE ini juga mempunyai “micro beads” yang mana ianya bertindak sebagai scrub yang sangat lembut pada wajah dan ianya berfungsi untuk membersihkan pori wajah dengan mendalam. Jadi, apabila digunakan secara berterusan, pori wajah akan lebih bersih dan ianya akan menanggalkan “balckhead” & juga “whitehead”.

Seperkara lagi yang saya suka tentang pencuci muka AE ini ialah, ianya tak banyak buih. Bukan apa..produk yang banyak buih ni selalunya mengandungi SLS dan tidak bagus untuk kulit.



Cons :

Bagi saya, pencuci muka AE ini agak cair. Jadi, setiap kali saya buka penutupnya, saya terpaksa buka dengan berhati-hati untuk mengelakkan ianya tak tumpah dengan banyak. Ada beberapa kali saya buka dan ianya keluar sangat banyak dan agak rugi disitu sebenarnya sebab kuantiti yang diperlukan untuk cuci muka hanya sedikit sahaja sudah memadai…

PRODUK 2 : ARDINI ESSENTIALS Facial Treatment Serum




Pro :

Ok, Facial Treatment Serum ini adalah produk “hot” AE sebenarnya. Sebab produk ini telah mendapat review dan feedback positif yang sangat banyak sejak dari ianya mula-mula diperkenalkan. Ianya adalah serum wajah yang mengandungi “concentrated formula with habbatusauda'” dan terbukti berkesan membantu menyelesaikan masalah-masalah kulit wajah seperti :

✔ Mengecilkan pori wajah

✔ Mengekalkan kelembapan kulit

✔ Mengecut dan memudarkan jerawat

✔ Mengurangkan dan memudarkan jeragat

✔ Menganjalkan kulit dan mengurangkan garis-garis halus

✔ Menyamaratakan tona kulit wajah

Yang sangat menarik tentang serum AE ini ialah hanya pakai sedikit sahaja untuk keseluruhan wajah dan ianya cukup berkesan walaupun digunakan pada waktu malam sahaja. Dan paling best ialah ianya sangat cepat meresap kedalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit muka.



Cons :

Serum AE ini tidak sesuai digunakan pada waktu siang dan kerana ianya akan menyebabkan kulit agak berminyak. Namun ianya tak menjadi masalah kerana menurut pihak AE, serum ini memang hanya perlu digunakan pada waktu malam sebelum tdidur sahaja.. :)

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dan suka dengan kedua-dua produk Ardini Essentials ini. Selepas 7 hari penggunaan, paling ketara yang saya dapat rasakan ialah kulit muka saya rasa lebih lembap dan lembut. Saya harap lepas dah habis 1 set yang pertama ini, kulit saya akan jadi lebih licin dan cerah…insyaALLAH.. :)

Dannnn…ARDINI ESSENTIALS ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA SEMUA…

Ardini Essentials sedang menjalankan PROMOSI YES dan ada tawaran DISKAUN MENARIK buat anda yang nak mencuba produk Ardini Essentials.

Hah…apa lagi? Cepat cepat lah grab seset dua Skincare Ardini Essentials yang best ni ye kawan-kawan!

Nak tau maklumat lanjut boleh layari website www.ardiniessentials.com atau
Whatsapp kami sekarang di +018 9000074


Penulisan asal 100% di ambil dari website blogger Pn Harlinda Halim

Terima kasih atas review ikhlas puan harlinda.



Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Assalammualaikum wbt kepada semua pelawat blog Ardini Essentials HQ yang SUPER AWESOME 😎😎




Hari ni merupakan hari pertama saya menulis di blog 'official' Ardini Essentials setelah lama hanya menulis di FB Wall sendiri saja. Orang lain semua dah terror sangat tapi saya baru nak bermula 👯.
Namun saya akan belajar bersungguh sungguh dan berikan content yang menarik buat semua pelawat Ardini Essentials HQ. 

Sebenarnya dah lama sangat saya teringin nak mendekati pelanggan Ardini Essentials melalui cara penulisan cuma kekangan masa yang sedikit melewatkan impian tersebut. 

Sebelum saya berceloteh panjang2 dan untuk kita saling kenal mengenali, sebaiknya saya kenalkan serba sedikit tentang diri saya bole?

Baiklah, nama diberi Siti Natasya Binti Roslan lebih mesra dengan panggilan Puan Tasya. Saya merupakan Chief Executive Officer (CEO) di Ardini Essentials HQ dimana tugas saya banyak deal dengan 'manusia' dan pembuatan produk. Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar dan setiap plan yang dibuat diurus sebaiknya oleh team kami. But, tugas saya paling utama adalah mendekati pelanggan kami agar saya dapat mengetahui masalah mereka secara terus. 



Saya juga seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahayamata iaitu Syed Aydin (9 tahun), Syed Aariz (7 Tahun) dan Sharifah Ayra Ardini (2 Tahun). Suami saya Syed Mohamed Sofee adalah tunjang UTAMA di Ardini Essentials selaku Pengarah Urusan dimana beliau yang merancang plan dan strategi syarikat. Orangnya pemalu  dan lebih suka duduk di belakang tabir. Sebab itu saya disini berkongsi secara terus dengan anda semua.

Saya ni simple saja orangnya, happy go lucky and sangat passionate dalam bidang kecantikan. Jika tanya bagaimana kami boleh terjun menjadi pengasas produk Ardini Essentials, inilah sebabnya dimana saya sangat minat dan sayalah orang pertama yang akan mencuba keberkesanan produk sebelum ia dipasarkan. Jadi segala isi kandungan produk sangat saya ambil berat.

Dulu saya pernah belajar di Uitm Shah Alam dan mengambil jurusan Undang2 sebelum bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di agensi swasta dimana antara pelanggan saya ialah Nando's Malaysia, Safi, Crabtree & Evelyn, Sepang International Circuit dan banyak lagi.

Alhamdulillah kini, saya dan suami sama2 berniaga produk kecantikan dan impian kami mahu lebih ramai lagi akan dapat kulit wajah yang cantik, bersih lagi menawan dengan produk yang kami keluarkan.

Apapun saya harap, percubaan pertama saya untuk menulis di blog rasmi ini akan dapat menemukan saya dengan lebih dekat kepada pelanggan mahupun sesiapa saja yang mahu kulit wajah yang lebih cantik dan sihat.

Semoga kita jumpa lagi dan saya akan bawakan content atau cerita2 tentang kecantikan secara amnya dan akan memberi lebih banyak info tentang cara menjaga kulit wajah dengan lebih berkesan dari masa ke semasa.

Salam Sayang,

Puan Tasya   
CEO 
Ardini Essentials
~ Keperluan Isteri yang Penyayang~

Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Hi, I’m Natasya, the person behind Ardini Essentials.

Now that we’ve introduced ourselves, let me guess something about you…

YOUR SKIN IS IN SOME KIND
OF TROUBLE, ISN’T IT?

Wrinkles, dark spots, acne… they crept up out of nowhere. You want to get rid of them so badly so you can stop feeling so old and ugly and start enjoying your life again.

Because deep down you know you’re meant to make your mark in the world and have an amazingly good time while you’re at it.

MY MISSION IS TO HELP YOU:

  • Achieve your best skin ever – at any age!
  • Learn to listen to your skin (yes, it’s rebelling for a reason, so listen up!).
  • Dish out science-based advice that really works.
  • Make sense of ingredient lists and cosmetic claims so you will never again go home with another disappointing purchase.
  • Debunk beauty myths that are making you waste your hard-earned money on stuff that doesn’t work.
  • Empower you to make the best (science-backed) decisions for your skin.


Categories

  • Ardini Essentials
  • Review
  • khasiat habbatus sauda
  • khasiat minyak zaitun
  • Testimoni
  • cara membasuh muka berjerawat
  • hilangkan jerawat
  • penjagaan kulit muka
  • penjagaan wajah
  • serum sunnah
  • sharifah aleya
  • skincare natural
  • tip bersihkan wajah berjerawat

Blog Archive

  • ►  2019 (11)
    • ►  Julai (11)
  • ▼  2017 (8)
    • ►  April (1)
    • ▼  Mac (5)
      • Tidur yang cukup untuk kekal cantik
      • 3 Cara Berkesan Skrub Kulit Wajah dengan Betul
      • Apa kata Sharifah ALEYA tentang Facial Treatment S...
      • REVIEW IKHLAS : Set Skincare Ardini Essentials dar...
      • Macam mana boleh wujudnya CEO Ardini Essentials
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (2)
    • ►  Disember (2)

Follow Us

  • Facebook
  • Instragram
  • Twitter

Facebook

Ardini Essentials HQ

Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *

Facebook Twitter Instagram Youtube Bloglovin
FOLLOW ME @ArdiniEssentials

Created with by ThemeXpose