Ardini Essentials Double Cleanser

by - 9:41 PG


Ardini Essentials Double Cleanser berfungsi membersihkan segala kekotoran dan minyak berlebihan pada wajah tanpa efek kering pada kulit. Ia bertindak seperti skrub lembut untuk membantu menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan pembentukan bintik hitam dan kekusaman selain menghalang pertumbuhan jerawat. Formula bebas sabun pembersih wajah ini mengekalkan pH semulajadi kulit sambil memelihara kelembapan.

Rumusan produk eksklusif Ardini Essentials diformulasi dengan bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak herba habbatus sauda dan minyak zaitun premium. Ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti paraben dan Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan kulit wajah.

Diformulasi menggunakan surfactant (bahan pembersih) yang lembut dan dari sumber semulajadi. Ia juga diperkaya dengan 2 jenis pelembap (glycerin & pentavitin) bagi memastikan kelembapan kulit dapat dikekalkan selepas penggunaan. Manik-manik kecil juga membantu menanggalkan kulit mati dan dapat membantu mengurangkan pembentukan bintik hitam pada pori-pori kulit.

Ia sesuai digunakan oleh wanita yang memiliki kulit normal hingga sensitif serta dijamin halal, bersih dan selamat kerana telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia selain diperakui oleh SIRIM.

Ciri-ciri
  • Mengandungi Habatus Sauda sebagai anti-mikrobial bagi membunuh kuman di kulit wajah yang menyebabkan jerawat.
  • Diformulasi menggunakan bahan pembersih yang lembut , semulajadi dan dalam bentuk gel jernih beserta manik2 halus yang bertindak seperti skrub yang lembut pada kulit wajah.
  • Diperkaya dengan 2 jenis pelembab semulajadi dari tumbuhan bagi mengekalkan kelembapan sedia ada dan menarik kelembapan baru yang bersih masuk ke dalam kulit.
  • Bebas dari Sodium Lauryl Sulfate (SLS) / Sodium Laureth Sulfate (SLES) dan PARABEN yang menyebabkan irritasi pada kulit untuk jangka masa panjang.
  • Bebas Sabun mempunyai PH 5-7 dimana sama dengan PH normal kulit berbanding sabun yang mempunyai ph alkali yang boleh menyebabkan kulit kering.
Fungsi
  • Membersihkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
  • Menanggalkan kulit mati dan mengurangkan pembentukan bintik hitam.
  • Mengurangkan pertumbuhan jerawat.
  • Menyegar dan membuat kulit rasa lembut seperti kulit bayi.
Cara Guna
Basahkan seluruh wajah dengan air, picit sedikit Cleanser ke tapak tangan dan gosok ke seluruh wajah secara memusing perlahan selama 30 saat. Kemudian bilas dengan air bersih

Isi kandungan Cleanser
Aqua, Cocamidopropyl betaine, Lauryl glucoside, Decyl Glucoside, Glycerin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Polysorbate 20, Octoxynol-12, Acrylates/C10-30 alkyl acrylate crosspolymer, Aminomethyl Propanol, Saccharide Isomerate, Glyceryl Caprylate, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Parfum, Synthetic wax, Ethyl Lauroyl Arginate HCl, Habbatus sauda (Nigella sativa) oil.

NOT180901624K – Ardini Essentials DOUBLE CLEANSER

You May Also Like

0 ulasan