PENJAGAAN KULIT BERDASARKAN JENIS KULIT WAJAH

by - 9:56 PG



PENJAGAAN KULIT BERDASARKAN JENIS KULIT WAJAH

 KULIT NORMAL
  Guna pembersih wajah yang ringan teksturnya sebanyak 2 kali sehari.
  Gunakan penyegar muka atau  toner  yang ringan teksturnya untuk memastikan liang pori tidak mudah terbuka.
  Elakkan kepada haba mengarah kepada muka seperti ketika menggunakan pengering rambut.
  Amalkan menggunakan pelembap bebas minyak atau serum bertekstur ringan sebelum memakai mekap untuk mengekalkan kelembapan permukaan wajah.
.
 KULIT KERING
  Guna pembersih wajah yang tidak mengandungi alkohol.
  Cuci muka dengan lembut, kemudian bilas dengan air suam yang banyak.
  Elakkan menggunakan pencuci yang unsurkan sabun(terlalu berbuih).
  Sapukan pelembap pada kulit selepas mencuci muka.
  Pelembap jenis krim lebih berkesan berbanding jenis losyen.
  Toner tidak diperlukan kerana mudah menjadikan kulit lebih kering.
   scrub  kulit sekali seminggu untuk menghapuskan serpihan sel kulit mati.
.
 KULIT BERMINYAK
  Gunakan pembersih wajah berbuih yang bebas minyak.
  Jangan memicit jerawat supaya ia tidak ambil masa yang lama untuk sembuh.
  Digalakkan guna  toner  selepas cuci muka.
  Toner menghapuskan minyak yang berlebihan pada muka dan menjadikan muka kurang berkilat.
  Cari perkataan  ‘non comodogenic’  pada produk kerana ia tidak menyebabkan liang pori tersumbat.
   Scrub  kulit dua ke tiga kali seminggu untuk menghapuskan minyak dan sel kulit mati.
.
 KULIT KOMBINASI
  Pada kawasan yang berminyak iaitu di zon T, digalakkan mengikut rutin untuk wajah berminyak.
  Pada kawasan pipi, ikuti rutin kulit kering sekiranya kering dan ikuti rutin kulit normal sekiranya kulit normal.
  Guna pembersih wajah mengikut masalah pada kulit.
  Pengunaan  toner  yang ringan teksturnya adalah digalakkan.
    Scrub  kulit secara lembut dengan kekerapan sekali ke dua kali seminggu.

#ArdiniEssentials
#KeepItNatural

You May Also Like

0 ulasan